9 Lokasi Selesa Dan Sesuai Untuk Solat Ketika Travel Ke Jepun

Ketika travel ke negara orang terutama negara bukan Islam, pastinya tempat solat akan menjadi persoalan setiap hari. Walaupun Jepun bukanlah sebuah negara Islam, namun dengan keperihatinan kerajaan Jepun terhadap keperluan umat Islam disana terutamanya bagi para pelancong, maka mencari tempat solat tidak sesukar seperti sebelum ini.

Disini kami ingin kongsikan 9 lokasi selesa dan sesuai untuk solat ketika anda travel ke Jepun. Semoga perjalanan kita akan sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Baca Juga: 5 Tempat Terbaik Untuk Dilawati Semasa Musim Sejuk Di Jepun

1. Tokyo Masjid Camii


Masjid yang terbesar di Jepun ini terletak di Yoyogi-Uehara, berhampiran dengan Shibuya dan Harajuku. Jaraknya dari stesen Yoyogi-Uehara (Chiyoda Line) hanya 5 minit berjalan kaki.

Dengan fasiliti yang serba lengkap serta staf yang sedia membantu, anda dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan selesa disini. Cenderamata masjid juga ada dijual disini dan hasilnya akan diwakafkan bagi tujuan 'maintenance' masjid serta untuk kegunaan aktviti dakwah Islam di Tokyo.

2. Masjid Assalaam


Masjid kecil ini terletak di Ueno. Ueno merupakan salah satu tempat membeli-belah 'favourite' bagi pelancong dari Malaysia, Indonesia dan seumpamanya. Masjid ini cuma 10 minit berjalan kaki dari stesen JR Ueno atau JR Okachimachi, dan 5 minit dari stesen Naka-Okachimachi (Oedo Line).

Ketika anda ber'shopping' disini, berehatlah seketika untuk menunaikan kewajipan anda agar perjalanan anda akan sentiasa berasa tenang dan selamat.

3. Masjid Otsuka


Masjid ini terletak cuma 1 stesen dari Ikebukuro. Ikebukuro merupakan bandar yang penuh tarikan seperti game centre, pawagam, Pokemon Centre, J-World dan sebagainya.

Lokasi masjid ini terletak berhampiran dengan stesen JR Otsuka di kawasan perumahan yang tenang. Restoran Pakistan yang menjual makanan halal juga ada berdekatan di kawasan ini.

4. Narita-Ya Halal Ramen Restaurant


Restoran?

Ya! Ketika anda berkunjung ke Sensoji-Temple di Asakusa, pastikan anda singgah di Narita-Ya. Selain daripada menyajikan hidangan ramen 100% halal, restoran ini juga menyediakan bilik solat khas lengkap dengan tempat berwuduk untuk kegunaan pengunjung beragama Islam.

5. Surau di Tokyo Big Sight, Odaiba


Sekiranya anda berkunjung ke Odaiba untuk melawat Gundam Statue ataupun bersiar-siar di tepi pantai, anda bolehlah singgah di Tokyo Big Sight Convention Centre yang terletak di stesen Kokusai-Tenjijo (Yurikamome Line).

Di pusat konvensyen ini ada disediakan surau / prayer room bagi kemudahan pengunjung yang beragama Islam.

6. Surau di Osaka-Umeda Station


Jika anda memilih untuk ke bahagian Kansai (Osaka,Kyoto,Nara), anda pasti akan melalui stesen Osaka ini atau juga dikenali dengan stesen Umeda. Stesen keretapi yang besar ini turut menyediakan kemudahan surau.

Jika anda tidak pasti dengan kedudukannya, usah risau. Bertanyalah pada petugas stesen atau bertanya terus kepada petugas kaunter pertanyaan, mereka pasti membantu anda.

7. Surau di Gotemba Premium Outlets


Kepada mereka yang gemar membeli-belah, Gotemba Premium Outlets yang terletak berdekatan Mt. Fuji turut dilengkapi dengan kemudahan suru yang cukup besar dan selesa.

Ianya terletak di bahagian East Zone, agak jauh sedikit untuk berjalan namun ianya cukup selesa dan sesuai untuk anda beribadah sambil merehatkan diri setelah seharian membeli-belah di Premium Outlets yang cukup besar itu.

8. Masjid di Islamic Cultural Centre


Di Kyoto juga terdapat masjid yang cukup indah dan selesa di Islamic Cultural Centre. Jika anda ke Kobe pula, Masjid Kobe iaitu masjid yang pertama dibina di Jepun juga wajib untuk anda singgahi.

Selain daripada itu, Narita Airport, Haneda Airport dan Kansai International Airport juga kini ada menyediakan kemudahan surau yang cukup luas dan selesa bagi para penumpang beragama Islam.

9. Tempat Awam


Jika anda tidak menemui ataupun berada jauh dari surau / masjid yang kami kongsikan diatas, anda bolehlah cuba untuk mencari kawasan lapang seperti taman-taman awam. Jangan risau, taman awam atau kawasan outdoor di Jepun teramatlah bersih. Tapi pastikan anda membawa sejadah, kompas kiblat dan sebagainya untuk tujuan beribadah.

Jika anda tidak pasti, tanyalah pada petugas-petugas taman awam, stesen keretapi, ataupun penduduknya, mereka pasti tidak teragak-agak untuk membantu anda mendapatkan tempat beribadah yang cukup tenang, bersih dan selesa.

Ada tempat solat lain di Jepun yang ingin anda kongsikan kepada kami? Sila komen dibawah dan share kepada sahabat sahabat anda di laman sosial untuk kebaikan kita bersama.


Sumber: TheVocket.com

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment