12 Hostel Popular Di Bangkok Berharga Bawah RM60 Semalam

Hampir segala-galanya yang korang boleh dapati di Bangkok. Selain menjadi antara pusat beli-belah dunia, ibu kota Thailand ini juga kaya dengan sejarah dan budaya.

Ramai juga dalam kalangan food hunter menggelar Bangkok sebagai Syurga Makanan.

Bagi para backpackers pula, sudah pasti penginapan adalah salah satu perkara penting apabila mengembara ke suatu tempat kan. Di Bangkok, terdapat beratus-ratus hostel yang korang boleh pilih. Ada di antaranya berharga serendah RM60 ke bawah untuk semalam.

Disini kami kongsikan 12 hostel popular di Bangkok berharga bawah RM60 semalam. Harga tersebut adalah berdasarkan carian kami di laman web Agoda.com

1. The Blocks Hostel

Block Hostel ini terletak di kawasan popular Sukhumvit di Bangkok. Hostel ini telah dibaikpulih dan diubahsuai pada tahun 2014.

Lokasinya hanya beberapa minit berjalan kaki dari stesen BTS Asok.




Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di hostel ini ialah talian wi-fi percuma, perkhidmatan dobi, kawasan istirehat, lif, locker dan sebagainya.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis mixed dormitory 6 person hanya berharga RM34 semalam (bergantung pada kekosongan).

Alamat The Blocks Hostel:
1/3-4 Sukhumvit Soi 10, Klong Toei, Bangkok 10110, Thailand

Tarikan popular utama:
- Robinson Sukhumvit (0.2 km / 3 min berjalan)
- Cabbages & Condoms Restaurant (0.2 km / 3 min berjalan)
- Terminal 21 Shopping Mall (0.3 km / 4 min berjalan)
- Soi Cowboy (0.5 km / 6 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen BTS Asok (0.3 km / 4 min berjalan)

2. Baan Khun Nine Wang Doem Hostel

Walaupun hotel ini tidak berdekatan dengan stesen pengangkutan awam seperti The Blocks Hostel, ia cukup dekat dengan tempat-tempat menarik seperti Wat Arun dengan hanya beberapa minit berjalan kaki.




'Baan Khun' yang bermaksud 'rumah' dalam bahasa Thai ini pada asalnya merupakan kedai lot dua tingkat lama yang ditukar menjadi sebuah hotel bertaraf 3 bintang bagi memberikan perkhidmatan mereka dengan cara yang berbeza.

Bagi mereka yang suka melawat kuil dan tinggalan sejarah lama, hotel ini cukup sesuai kerana lokasinya yang berdekatan dengan tarikan utama bangunan lama Bangkok.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis mixed dormitory 8 bunk bed hanya berharga RM34 semalam (bergantung pada kekosongan).

Alamat Baan Khun Nine Wang Doem Hostel:
274/7 Issaraphab Road, Bangkok 10600, Thailand

Tarikan popular utama:
- Wat Arun (0.6 km / 8 min berjalan)
- Bangkok Yai Canal (0.6 km / 8 min berjalan)
- Wat Pho Temple (1.1 km / 14 min berjalan)
- Wat Phra Kaew (1.3 km / 16 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen BTS Wongwian Yai (2.0 km / 24 min berjalan)

3. Glur Bangkok Hostel

Glur Bangkok Hostel ini terletak di kawasan perniagaan Sathorn-Bangrak dan berhampiran dengan kawasan pelancongan tepi sungai. Ia juga terletak berhampiran stesen BTS Saphan Taksin, Central Pier, pasar tempatan, dan kedai serbaneka.

Grand Palace, Wat Arun dan tempat tarikan menarik yang lain boleh dilawati dengan hanya menggunakan pengangkutan bot yang mengambil masa 15 minit. Korang juga boleh melawat Asiatique dengan pengangkutan bot ulang-alik dengan percuma.




Glur Bangkok Hostel menyediakan bilik dimana para tetamu boleh menikmati perkidmatan akses komputer secara percuma, televisyen, tv kabel dan juga sharing-kitchen. Dan yang pasti, hostel ini menyediakan sarapan secara percuma.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis lower double bunk bed hanya berharga RM38 semalam termasuk sarapan pagi (bergantung pada kekosongan).

Alamat Glur Bangkok Hostel:
Number 45, Soi Charoen Krung 50, Bangrak District, Bangkok Riverside, Bangkok 10500, Thailand

Tarikan popular utama:
- Chinese Temple Jael Aeung Beal (0.0 km)
- Sky Bar - State Tower (0.4 km / 5 min berjalan)
- Heartland Spa & Massage (1.3 km / 16 min berjalan)
- Somboon Seafood (1.7 km / 21 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen BTS Saphan Taksin (0.0 km)

4. Boxpackers Hostel

Boxpackers Hostel adalah pilihan bagi kaki shopping. Walaupun tidak terletak berhampiran dengan mana-mana stesen BTS atau stesen subway, hostel ini berdekatan dengan pasar borong Pratunam dan pusat membeli-belah Platinum.

Selain itu, ia juga berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti Pantip Plaza IT Mall, Baiyoke II Tower dan Suan Pakkad Palace.




Hostel ini juga menawarkan talian wi-fi percuma, bilik non-smoking serta kemudahan lain seperti billiard dan bilik permainan. Boxpackers Hostel sangat sesuai dan ideal bagi mereka yang kaki shopping di Bangkok dan sudah semestinya tawaran daripada hostel ini tidak patut dilepaskan.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis cool forest mixed 12 dormitory hanya berharga RM44 semalam termasuk sarapan pagi (bergantung pada kekosongan).

Alamat Boxpackers Hostel:
39/3 Soi Petchburi 15 , Petchburi Road, Payathai, Pratunam, Bangkok 10400, Thailand

Tarikan popular utama:
- Pantip Plaza IT Mall (0.3 km / 4 min berjalan)
- Baiyoke IITower (0.3 km / 4 min berjalan)
- Platinum Fashion Mall (0.5 km / 6 min berjalan)
- Pratunum Market (0.6 km / 8 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen Airport Rail Link Ratchaprarob (0.5 km / 6 min berjalan)

5. D Hostel Bangkok

D Hostel Bangkok antara salah satu hostel di Bangkok dalam senarai teratas kami. Terletak 2.6 km dari stesen BTS Hua Lamphong, D Hostel berada di kawasan tempat-tempat menarik sekitar Bangkok.




Hostel ini menawarkan 80 bilik dan juga talian wi-fi percuma, kaunter pertanyaan 24 jam, ruang simpanan beg, penyaman udara serta kemudahan bilik mesyuarat yang boleh dinikmati oleh para tetamu yang menginap di sini.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis mixed dorm 6 beds hanya berharga RM45 semalam termasuk sarapan pagi (bergantung pada kekosongan).

Alamat D Hostel Bangkok:
103 Bunsiri Road, Sarn-Chao-Por-Suea, Phranakhon, Khaosan, Bangkok 10200, Thailand

Tarikan popular utama:
- Khao San Road (0.4 km / 5 min berjalan)
- Saranrom Palace (0.6 km / 8 min berjalan)
- Loha Prasat - Metal Palace (0.7 km / 9 min berjalan)
- Wat Phra Kaew (0.8 km / 10 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen BTS Hua Lamphong (2.6 km / 32 min berjalan)

6. Analog Hostel

Merupakan satu lagi hostel yang kami cadangkan di kawasan popular Sukhumvit, Bangkok. Hostel yang baru sahaja dibaikpulih dan dibuka pada tahun ini.

Analog Hostel menawarkan kemudahan sama seperti hostel-hostel lain seperti ruang simpanan beg, wi-fi percuma, sharing-kitchen, dan sebagainya.




Terletak dengan jarak hanya berjalan kaki dari stesen BTS Phrom Phong dan pusat membeli-belah terkemuka seperti Terminal 21, Emporium dan EmQuartier.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis 8-bed mixed dormitory room hanya berharga RM50 semalam (bergantung pada kekosongan).

Alamat Analog Hostel:
3/17-18 Sawatdi 1 Alley, Sukhumvit 31, Sukhumvit Rd., KhlongtoeiNua, Wattana, Bangkok 10110, Thailand

Tarikan popular utama:
- Villa Market Sukhumvit (0.1 km / 2 min berjalan)
- Soi Cowboy (0.5 km / 6 min berjalan)
- Emporium Shopping Complex (0.6 km / 8 min berjalan)
- Terminal 21 Shopping Mall (0.7 km / 9 min berjalan)

Pengangkutan:
- Stesen BTS Phrom Phong (0.6 km / 8 min berjalan)
7. Matchbox Bangkok Hostel

Mactcbox Bangkok Hostel menawarkan 6 bilik yang dihias indah dan menyediakan kemudahan seperti talian wi-fi percuma, pendingin hawa, bilik non-smoking dan juga beranda untuk beristirehat.

Di samping itu, pihak hostel juga menawarkan beberapa aktiviti rekreasi bagi memastikan para tetamu mempunyai perkara untuk dilakukan sepanjang menginap di hostel ini.



Terletak di lokasi yang strategik, hostel ini memberikan akses mudah untuk ke tempat-tempat menarik sekitarnya.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis business class box ( single ) hanya berharga RM50 semalam. ( bergantung pada kekosongan )


Alamat Matchbox Bangkok Hostel:

12/17, Sukhumvit 33, Sukhumvit Road, Klong Tun Nua, Bangkok Thailand 10110, Sukhumvit, Bangkok, Thailand 10110

Tarikan popular utama:

- Villa Market Sukhumvit ( 0.1 km / 2 min berjalan )
- Soi Cowboy ( 0.7 km / 9 min berjalan )
- Emporium Shopping Complex ( 0.5 km / 6 min berjalan )
- Terminal 21 Shopping Mall ( 0.9 km / 11 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS Phrom Phong ( 0.5 km / 6 min berjalan )



8. The Yard Hostel


Hostel ini terletak di kawasan Ari yang berdekatan dengan butik-butik pakaian berjenama dan juga pelbagai restoran di sekitarnya.

'Yard' yang diterjemah kepada 'hubungan' dalam bahasa Thai bermaksud para tetamu yang datang akan disambut seperti keluarga. Dan seperti maksudnya dalam bahasa Inggeris, The Yard Hostel mempunyai laman kecil yang membolehkan korang berehat di buaian sambil menikmati secawan kopi serta berbual-bual dengan kenalan baru.



Di kelilingi oleh alam semula jadi, The Yard Hostel menyediakan aktiviti-aktiviti harian seperti latihan memasak masakan Thai dan juga hari berkelah untuk para tetamu.

Selain itu, korang juga berpeluang mengikuti lawatan yang disediakan oleh pihak hostel dan mengemudi bot di sepanjang sungai.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis 6 dorm girls hanya berharga RM53 semalam termasuk sarapan pagi. ( bergantung pada kekosongan )


Alamat The Yard  Hostel:

51 Soi Phaholyothin 5, Samsennai, Phayathai, Chatuchak, Bangkok, Thailand 10400

Tarikan popular utama:

- Centre One ( 1.1 km / 14 min berjalan )
- Victory Monument ( 1.3 km / 16 min berjalan )
- Saxophone Pub & Restaurant ( 1.5 km / 18 min berjalan )
- Century Plaza ( 1.8 km / 22 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS Sanam Pao ( 0.4 km / 5 min berjalan )



9. Oneday Hostel

Sesuai untuk dijadikan tempat berehat dan bersantai, Oneday Hostel terletak di kawasan Sukhumvit, Bangkok.

Dengan jarak 9.6 km dari pusat bandar dan mengambil masa kira-kira 45 minit dari lapangan terbang, lokasi Oneday Hostel ini memberikan akses mudah kepada para tetamu ke tempat-tempat wajib dilawati.




Dari segi kemudahan yang disediakan, Oneday Hostel tidak banyak berbeza dengan hostel-hostel popular yang lain sekitar Bangkok.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis 8 bed mixed dorm hanya berharga RM53 semalam. ( bergantung pada kekosongan )


Alamat Oneday Hostel:

51 Sukhumvit Soi 26, Khlong Toei, Bangkok, Sukhumvit, Bangkok, Thailand 10110

Tarikan popular utama:

- Emporium Shopping Complex ( 0.3 km / 4 min berjalan )
- Villa Market Sukhumvit ( 0.7 km / 9 min berjalan )
- Thong Lo ( 1.0 km / 12 min berjalan )
- Soi Cowboy ( 1.3 km / 16 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS Phrom Phong ( 0.3 km / 4 min berjalan )



10. Lub. D Bangkok Siam Square Hostel

Sama ada dengan tujuan perniagaan atau percutian, Lub. D Bangkok Siam Square Hostel adalah tempat yang paling sesuai untuk korang yang bakal travel ke Bangkok.

Dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah pusat bandar, hostel bertaraf 3 bintang ini menarik ramai pengunjung setiap tahun.




Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar hostel ini adalah seperti Pusat Kebudayaan & Seni Bangkok, Madame Tussauds Bangkok dan juga pusat membeli-belah MBK. 

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis ladies deluxe dorm hanya berharga RM50 semalam. ( bergantung pada kekosongan )


Alamat Lub. D Bangkok Siam Square Hostel:

925/9, Rama 1 Road., Wang Mai, Phatumwan, Siam, Bangkok, Thailand 10330

Tarikan popular utama:

- MBK Shopping Centre ( 0.3 km / 4 min berjalan )
- Siam Discovery ( 0.4 km / 5 min berjalan )
- Siam Centre ( 0.4 km / 5 min berjalan )
- Siam Square ( 0.5 km / 6 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS National Stadium ( 0.0 km )



11. Chao Hostel

Chao Hostel merupakan hostel bertaraf 3.5 bintang terletak di lokasi yang ideal berdekatan dengan stesen BTS National Stadium degan jarak hanya 0.2 km. 




Mempunyai 28 bilik tetamu yang menawarkan kemudahan seperti talian wi-fi percuma, perpustakaan mini, business centre, saloon serta bilik permainan dan kemudahan rekreasi yang santai.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis 1 bed in 6-bed dormitory ( male ) hanya berharga RM60 semalam. ( bergantung pada kekosongan )


Alamat Chao Hostel:

865 Rama 1 Road, 8th floor, inside Siam@Siam building, Wang Mai, Phatumwan, Siam, Bangkok, Thailand 10330

Tarikan popular utama:

- MBK Shopping Centre ( 0.4 km / 5 min berjalan )
- Siam Discovery ( 0.6 km / 8 min berjalan )
- Siam Centre ( 0.6 km / 8 min berjalan )
- Siam Square ( 0.8 km / 10 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS National Stadium ( 0.2 km / 3 min berjalan )



12. Lub. D Silom Hostel


Menurut The Observer, hostel ini adalah hostel yang paling cool di dunia untuk di diami. Ia satu pengiktirafan kerana menjadi salah satu hostel terbaik dunia dan tetap mengekalkan harga mampu milik kepada para tetamu mereka.




Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti smoke detector, tv litar tertutup dan key card untuk setiap bilik bagi menjamin keselamatan para tetamu yang menginap di hostel ini.

Selain itu, hostel ini juga mempunyai lobi yang cukup luas untuk memudahkan para tetamu berinteraksi sesama sendiri dalam suasana yang selesa dan santai. Walaupun ia hanya sebuah hostel, namun kebersihan dan keselamatan adalah perkara yang menjadi top priority disini.

Untuk tempahan di Agoda.com, bilik jenis mixed dorm hanya berharga RM42 semalam.
( bergantung pada kekosongan )


Alamat Lub. D Silom Hostel:

4 Decho Road Suriyawong Bangrak, Silom, Bangkok, Thailand 10500

Tarikan popular utama:

- Somboon Seafood ( 0.2 km / 3 min berjalan )
- Jim Thompson Factory Outlet ( 0.4 km / 5 min berjalan )
- Hearthland Spa & Massage ( 0.7 km / 9 min berjalan )
- Pat Pong Nightlife ( 0.8 km / 10 min berjalan )

Pengangkutan:

- Stesen BTS Chong Nonsi ( 0.6 km / 8 min berjalan )


Itulah 12 hostel popular di Bangkok yang sempat kami kongsikan di sini untuk mereka yang bakal travel ke Bangkok nanti.

Jika ada di antara korang yang nak stay kat Bangkok, jangan lupa untuk menginap di salah satu hostel ini. Kami pasti pelbagai kepuasan dan pengalaman yang akan korang bawa balik Malaysia nanti.


Sumber: PlaceAndFoods.com

LIKE dan FOLLOW kami di Facebook, Twitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment