Tips ‘Survive’ di Tokyo Dengan Hanya RM300

Nota Penulis: Tip ini pada asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Sushi Travel – Trip Halal Jepun. Kami kongsikan semula disini dan semoga ia dapat membantu korang yang bakal travel ke Jepun.




Jika korang yang jenis suka melancong di usia muda, mesti ‘budget‘ merupakan kekangan utama korang kan. Tokyo, sebuah bandar yang mempunyai kos sara hidup antara yang tertinggi di dunia, jadi ramai yang beranggapan mustahil untuk berjimat ketika melancong di sana.
Tetapi sebenarnya TIDAK MUSTAHIL. Disini kami kongsikan beberapa tips untuk survive selama seminggu di Tokyo dengan hanya RM300 ringgit (10 ribu yen) sahaja. YA! RM300 RINGGIT MALAYSIA SAHAJA.
Okay, katakan korang sudah ada tiket penerbangan, dan hostel bajet juga sudah ditempah. Tiket tren airport transfer dengan Narita Express juga sudah dibeli. Yang tinggal hanya nak have fun dengan bajet yang ada.

1. Onigiri (Rice Ball) di convenience store (150 yen x 4 x 2 hari)

Terdapat lebih 30,000 convenience store seperti 7-11, Lawson, Family Mart diseluruh Jepun. Kedai-kedai serbaneka ini menawarkan pilihan Onigiri atau nasi kepal yang berharga 100yen-150yen (RM 3- 4), ringkas dan mudah dimakan dimana sahaja.
Tapi berhati-hati, pastikan korang bertanya dulu apa inti rice ball tersebut. Jika intinya perisa plum, udang, salmon dan sebagainya maka ianya selamat untuk dimakan. (bagi yang beragama Islam)
2. Tokyo Metro 1-Day Pass (600 yen x 3 hari)

Pass ini berharga 600 yen (RM18) dan membolehkan anda menaiki semua tren dibawah syarikat Tokyo Metro dalam tempoh satu hari. Jadi, rancanglah dengan sebaiknya perjalanan korang!
Pastikan korang tidak menaiki JR Line atau Toei Line sekiranya korang memiliki 1-Day pass tersebut kerana pass tersebut tidak sah dan korang perlu membeli tiket lain.
Tokyo Metro meliputi Marunouchi Line, Ginza Line, Hibiya Line, Namboku Line, Yurakucho Line, Fukutoshin Line dan lain-lain, menghubungkan tempat-tempat menarik seluruh Tokyo.
3. Hanamaru Udon (600 yen x 2 x 2 hari)

Sekiranya korang muak menghadap onigiri, bolehlah cuba ke Hanamaru Udon. Kedai udon franchise ini terdapat di semua bandar-bandar utama seperti Shibuya, Harajuku dan Akihabara.
Hidangan udon yang panas beserta pilihan tempura sayuran dan udang pasti mengembalikan tenaga setelah seharian berjalan. Jangan risau! Menu bahasa Inggeris disediakan. Korang juga boleh mencuba Ramen Halal di Narita-Ya, Asakusa dengan harga 700 yen.
4. Souvenir (2000 yen)

Tidak lengkap rasanya percutian tersebut jika tidak membeli sedikit cenderahati untuk yang tersayang di tanah air (ataupun bagi diri sendiri buat yang forever alone).
Di Asakusa, Nakamise Shopping Street menawarkan pelbagai cenderahati bertemakan Jepun. Keychain berharga dalam lingkungan 300-500 yen dan T-shirt berharga 1000-2000 yen. Untuk lebih bajet lagi, korang bolehlah beli souvenir dikedai 100 yen seperti Daiso di Harajuku.
5. Perkara lain

Total perbelanjaan korang setakat ini ialah 7400 yen (RM230). Jadi masih ada baki 2600 yen untuk korang buat apa yang korang suka.
Antara yang korang boleh cuba :
  • Karaoke dari malam sampai pagi (free flow drink) di Utahiroba (2000 yen)
  • Acah-acah main besbol di batting center di Ikebukuro (1000 yen)
  • Pergi berseronok bersama Goku, Luffy, Naruto dan hero-hero manga kegemaran anda di J-World Ikebukuro (700 yen)
  • Bergurau senda dengan kucing comel di Cat Cafe (600 yen)
  • Tonton wayang anime tanpa sari kata atau Avengers alih bahasa Jepun (2000 yen)
  • Beli baju Tokyo Story di Harajuku (2900 yen)
Amacam? Cukup tak tips di atas? Jika belum cukup, nanti kitorang kongsi lagi di entri yang akan datang okay. 
P/S: Tips ini hanya untuk mereka yang betul-betul hati kering nak travel ke Jepun dengan bajet terhad. Maklum lah, nak kena tahan lapar tu. Hehe

Sumber : TheVocket

LIKE dan FOLLOW kami di FacebookTwitter serta Instagram

Unknown

“You don’t have to be rich to travel well.” – Eugene Fodor

No comments:

Post a Comment